Soalan-soalan lazim

Ada sebarang pertanyaan? Kami sedia membantu anda

Persoalan asas

  1. Apakah itu vcash?

    vcash merupakan sebuah platform wang digital yang pintar dan selamat. Alami kaedah pembayaran elektronik melalui smartphone anda untuk apa jua, di mana sahaja.

  2. Apakah fungsi-fungsi vcash?

    Anda boleh menggunakan vcash untuk:

    1. Membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR

    2. Hantar atau mohon wang daripada sesiapa sahaja

    3. Keluarkan wang ke akaun bank anda

    4. Deposit wang ke dalam akaun vcash anda melalui perbankan online atau JomPAY

    5. Bayar bil atau top up kredit telco

  3. Adakah saya memerlukan smartphone untuk menggunakan vcash?

    Ya, anda memerlukan smartphone yang mempunyai akses internet (sama ada dari data anda atau WiFi) untuk memboleh vcash berfungsi.

  4. Adakah vcash mempunyai had maksimum untuk jumlah wang yang disimpan?

    Ya, vcash mempunyai 3 tahap; Basic, Enhanced dan Premium. Had maksimum wang yang boleh disimpan adalah berdasarkan tahap akaun anda; Basic (sebanyak RM500), Enhanced (sebanyak RM2,500) dan Premium (sebanyak RM5,000). Sila klik tahap anda di laman utama aplikasi vcash untuk maklumat lanjut.

  5. Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan vcash selamat untuk pengguna?

    vcash menyimpan data dalam pelayan yang selamat dan menyulitkan maklumat transaksi anda dengan teknologi Enkripsi SSL (secure socket layer). Selain itu, setiap transaksi mesti disahkan dengan PIN 6-digit atau cap jari anda. Kami mengesyorkan anda kunci skrin smartphone anda untuk keselamatan berganda. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web ini https://vcash.my/security

  6. Adakah vcash dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia?

    Ya, vcash merupakan sebuah platform wang digital yang pintar dan selamat. Alami kaedah pembayaran elektronik melalui smartphone anda untuk apa jua, di mana sahaja. Setiap transaksi dijamin selamat dengan vcash yang merupakan solusi yang dibawakan kepada anda oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd, dengan kerjasama Valyou Sdn Bhd, penyedia pembayaran yang diakreditasi oleh Bank Negara Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=ps&pg=ps_regulatees

Pendaftaran

  1. Bagaimana cara mendaftar vcash?

    Anda boleh mendaftar akaun vcash dengan memuat turun aplikasi vcash. Cari 'vcash MY' di Google Play Store atau Apple App Store. Setelah muat turun selesai, sila ikuti arahan pendaftaran di dalam aplikasi vcash. Kami memerlukan nombor MyKad atau Pasport anda semasa pendaftaran seperti yang diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk menggunakan fungsi hantar wang, anda perlu upgrade akaun ke tahap Enhanced dengan menghantar gambar MyKad atau Pasport anda. Langkah ini juga ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

  2. Apakah syarat-syarat pendaftaran vcash?
    • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap (PR) Malaysia yang memegang MyKad atau warganegara lain yang memegang pasport yang sah

    • Mempunyai nombor telefon bimbit Malaysia

    • erumur 18 tahun ke atas semasa pendaftaran

  3. Adakah vcash mengenakan caj penggunaan?

    Tidak, vcash boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma. Kami juga tiada baki minimum untuk memastikan akaun anda aktif.

  4. Adakah maklumat peribadi saya selamat?

    vcash memastikan maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau dijual kepada entiti-entiti lain, seperti yang tertera dalam Akta PDPA. Untuk maklumat lanjut, rujuk dasar privasi kami di sini.

        Bayar

        1. Bagaimana cara membuat pembayaran dengan vcash?
          1. Buka aplikasi vcash

          2. Klik "pay"

          3. Imbas Kod QR di kedai atau masukkan ID kedai secara manual jika kamera anda tidak berfungsi

          4. Masukkan jumlah bayaran dan sahkan transaksi dengan PIN atau cap jari anda

          5. Anda akan menerima status transaksi tersebut melalui notifikasi dan SMS

        2. Di manakah boleh saya membayar dengan vcash?

          Senarai kedai yang menerima bayaran vcash boleh didapati di laman web www.vcash.my. Kami sedang berjuang untuk meningkatkan bilangan kedai yang menerima bayaran vcash.

        3. Adakah caj dikenakan untuk membuat pembayaran dengan vcash?

          Tidak! Anda hanya perlu membayar jumlah bil yang dimohon oleh juruwang.

        Deposit

        1. Bagaimana saya boleh depositkan wang ke dalam akaun vcash saya?
          1. Deposit melalui kedai terpilih

          2. JomPAY
            - Biller Code: 4325
            - Biller Code Name: VALYOU E-WALLET
            - Reference-1: (sila masukkan nombor telefon anda dalam format ini: 0123456789)

          3. Perbankan online

        2. Adakah caj dikenakan untuk deposit wang ke dalam akaun vcash?

          Anda tidak dikenakan caj untuk deposit wang ke dalam vcash.

        Pengeluaran

        1. Bagaimana cara keluarkan wang dari akaun vcash saya?

          Anda boleh keluarkan wang di kedai yang terpilih atau ke akaun bank anda. Sila masukkan butiran bank anda melalui aplikasi vcash.

        2. Adakah caj dikenakan untuk membuat pengeluaran wang dari vcash?

          Pengeluaran tunai di kedai yang terpilih adalah percuma. Manakala, RM 1.00 caj perkhidmatan akan dikenakan untuk pengeluaran ke akaun bank anda.

        Hantar/Mohon Wang

        1. Apakah fungsi 'Hantar' dan 'Mohon'?
          • 'Hantar' membolehkan anda menghantar wang dari akaun vcash anda kepada sesiapa sahaja yang mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar di Malaysia

          • 'Mohon' membolehkan anda memohon wang daripada sesiapa sahaja yang mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar di Malaysia.

        2. Adakah caj dikenakan untuk membuat penghantaran/pemohonan wang?

          Tidak, penghantaran dan pemohonan wang adalah percuma.

        3. Tempoh proses transaksi ini?

          Penghantaran dan pemohonan wang melalui aplikasi vcash adalah segera. Penghantar dan penerima akan terima notifikasi dan SMS setiap transaksi.

        4. Adakah vcash mempunyai had maksimum untuk jumlah wang yang boleh dihantar/dimohon?

          Ya, had maksimum adalah berdasarkan tahap akaun vcash anda. Sila klik tahap anda di laman utama aplikasi vcash untuk maklumat lanjut.

        5. Saya hantar wang kepada rakan. Dia tidak menerima wang yang saya hantar, tapi wang telah ditolak dari akaun vcash saya.

          Jika rakan anda tidak menerima wang tapi wang telah ditolak dari akaun vcash anda:

          • Sila sahkan yang anda menghantar wang kepada nombor telefon yang tepat dan

          • Jika rakan anda menerima SMS transaksi tersebut

          Jika nombor telefon penerima adalah tepat dan rakan anda TIDAK menerima SMS, sila hubungi kami di [email protected]

        6. Saya hantar wang kepada nombor telefon yang tidak tepat.

          Sila ambil perhatian, kami tidak boleh melakukan bayaran balik untuk transaksi kepada nombor yang tidak tepat/salah.

        7. Saya mahu hantar wang kepada rakan yang tiada vcash. Boleh ke?

          Boleh! Jika rakan anda belum muat turun atau daftar vcash, anda masih boleh menghantar wang kepada mereka. Hantar dan mereka anda akan menerima SMS. Mereka hanya perlu muat turun aplikasi vcash untuk mempunyai akses kepada wang itu.

        Kedai Dalam Aplikasi

        1. Apakah fungsi Kedai vcash?
          • Beli kredit poin untuk online game, nilai kredit untuk pengangkutan awam/ride-sharing , TV & Berita, top-up telco dan pelbagai lagi

          • Bayar bil utiliti, bil telco, bil hiburan dan lebih lagi

        2. Baki vcash saya tidak mencukupi untuk membuat pembayaran di Kedai vcash.

          Jika baki akaun vcash anda tidak mencukupi, pembayaran anda tidak akan dapat disempurnakan -- dan anda akan menerima notifikasi mengenai status transaksi anda.. Sila deposit wang yang mencukupi ke dalam akaun vcash anda sebelum membuat pembayaran sekali lagi.

        3. Adakah caj dikenakan untuk membuat pembayaran di Kedai vcash?

          Tidak! Kami tiada caj untuk pembelian dalam aplikasi vcash.

        4. Adakah bayaran diproses dengan serta-merta?

          Bayaran akan diproses dengan serta-merta. Untuk pembayaran bil, penyedia telco anda.

        Bantuan

        1. Kehilangan smartphone?

          Jika smartphone anda kehilangan atau dicuri, laporkan kehilangan dan kami akan bekukan akaun anda.

          • Laporkan kehilangan di laman web kami > www.vcash.my > Bantuan > Akaun saya telah dikompromi

        2. vcash aplikasi saya tidak responsif.

          Anda digalakkan untuk sentiasa menggunakan versi aplikasi vcash yang terbaru. Jika vcash tidak memberi respon, sila ikuti langkah-langkah berikut:

          • Restart (mula semula) aplikasi vcash anda

          • Log keluar and log masuk

          • Restart (mula semula) smartphone anda

          • Padam dan pasang semula aplikasi vcash

          Jika kesemua langkah di atas gagal, sila hubungi kami di [email protected].

        3. Saya lupa nombor PIN/nak tukar nombor PIN.

          Jika anda lupa PIN, sila klik 'Lupa PIN' dalam aplikasi vcash. Jika anda mahu tukar nombor PIN, log masuk aplikasi vcash > Tetapan Akaun.

        4. Saya bayar jumlah yang tidak tepat.

          Jika anda bayar melebihi jumlah bil, penjaga kedai boleh membuat bayaran balik secara tunai kepada anda.

        5. Saya tidak melakukan transaksi ini.

          Anda akan menerima notifikasi, SMS dan akses kepada sejarah transaksi dalam aplikasi vcash. Sila hubungi kami dengan segera di [email protected] jika anda tidak mengesahkan mana-mana transaksi yang tersenarai.

        Jika anda menghadapi sebarang masalah/isu yang tidak tersenarai di soalan-soalan lazim (FAQ) kami, sila hubungi kami di [email protected].